Tips Untuk Memperbaiki Permainan Anda

    1. Gunakan pick yang sederhana keras.

    2. Pegang pick dengan meninggalkan ruang pick untuk memetik yang kecil.

    3. Serongkan sedikit (sikit jek!) pick semasa memetik. Ia akan memudahkan anda memetik dengan laju.

    4. Lakukan speed picking dengan jarak pergerakan memetik (ke atas dan ke bawah) sekecil mungkin. Ini akan memudahkan anda memetik dengan laju.

    5. Biasakan meletak ibu jari di belakang fretboard. Cara memegang seperti ini akan memudahkan anda menggerakkan jari dan tangan anda dari satu fret ke satu fret.

    6. Jangan memegang chord dengan kuat, ia akan melambatkan pergerakan anda.

    7. Lakukan finger practice sebelum memulakan permainan gitar anda.

    8. Lakukan finger practise atau apa saja yang hendak dimainkan dengan perlahan terlebih dahulu. Petikan anda akan menjadi lebih kemas!

    9. Main gitar setiap hari, sekurang-kurangnya setengah jam. Walaupun hanya finger practice sahaja yang dapat di lakukan.