Make your own free website on Tripod.com
    Memula sekali, aku nak bagi tau nama aku dulu. Nama aku Asrul Zahidi bin Kassim. Tapi ada member aku yang panggil aku Aloy, Ustadz dan Asrul. Tak kisahlah yang manapun.


Aku lahir tahun 1978. Gambar kat atas tu masa umur aku setahun. Comel gak kan!! Tempat lahir aku, Simpang Pulai, Perak. Tak jauh dari Ipoh. Tapi sekarang aku dok kat Taman Perpaduan, Ulu Kinta. Tak jauh jugak dari Ipoh.

Buat masa ni, aku study kat UMS (Universiti Malaysia Sabah.....). Sebelum tu, aku buat matrikulasi kat Kolej Mara Kulim, Kedah. Dan sebelum tu lagi, aku bersekolah kat Sek. Men. Ulu Kinta.

Errrrr.... mengenai aku punya minat pulak, aku minat muzik. Muzik yang paling aku minat ialah heavy metal dan rock. Muzik lain tu, setakat dengar boleh la. So, pada masa lapang selalu la aku main gitar. Tapi tak juga teror lagi!! Okay! For all guitarist, kat home page aku ni ada aku selitkan scale & mode guitar dan basic untuk main lead gitar.


Itu aje la mengenai diri aku!!! Oh ya! Kat IRC, nickname aku aloymetal. E-mail add. aku aloymetal@hotmail.com.