Mode

Mode berasal dari scale major. Ia hanyalah pattern - pattern scale yang wujud di dalam scale major. Jika kita mainkan scale major dari fret 1 hingga 12 (rujuk scale major), kita akan dapat perhatikan pelbagai pattern yang wujud. Pattern - pattern itulah yang dinamakan mode.

Terdapat 7 jenis mode dan dinamakan mengikut darjah (degree) di dalam scale major. Sebagai contoh, scale C major:

  C        D         E        F        G        A        B        C
Ionian  Dorian  Phyrigian  Lydian  Mixolydian  Aeolian  Locrian Ionian
Jika anda memainkan dari not D kepada D yang lebih tinggi (octave) di dalam scale C major, pattern itu dinamakan Dorian mode.

Setiap mode mempunyai formulanya sendiri. Sungguh mudah untuk mengetahui formulanya! Cuba susunkan formula major dengan 2 octave (cth: C major):

  1    1   1/2   1    1    1   1/2   1    1   1/2   1    1    1   1/2
C    D    E    F    G    A    B    C    D    E    F    G    A    B    C
Di dalam scale C major di atas, Ionion mode dimainkan dari C ke C octave bermakna, formulanya adalah 1 - 1 - 1/2 - 1 - 1 - 1 - 1/2. Dorian mode pula dimainkan dari D ke D octave bermakna, formulanya adalah 1 - 1/2 - 1 - 1 - 1 - 1/2 - 1. Phrygian mode pula dimainkan dari E kepada E octave dengan formulanya, 1/2 - 1 - 1 - 1 - 1/2 - 1 - 1. Begitulah formula untuk mode yang selanjutnya.