e|------------------------------------- B|------------------------------------- G|------------------------------------- D|------------------------------------- A|------------------------------------- E|-------------------------------------
Huruf-huruf yang terdapat di sebelah kiri menunjukkan not bagi tali yang terdapat pada gitar. Baris yang dilabelkan sebagai e adalah tali 1, B adalah tali 2, G adalah tali 3 dan seterusnya. Tali e adalah tali yang paling halus pada gitar anda manakala tali E adalah yang paling besar.
e|------------------------------------- B|------------------------------------- G|------------------------------------- D|-5-5-5--7-7-7------------------------ A|-5-5-5--7-7-7------------------------ E|-3-3-3--5-5-5------------------------
Rajah ini pulak terdapat nombor-nombor. Nombor tersebut menunjukkan fret mana yang harus anda tekan. Jika nombor-nombor ditulis secara sebaris menegak, ini bermakna not-not tersebut dipetik serentak. Nombor pada baris menegak yang pertama adalah chord G5 atau ade yang sebut chord rock G atau power chord G. Tetapi, jika ia ditulis seperti ini:
e|----------0--------------------------- B|--------1----------------------------- G|------2------------------------------- D|---0---------------------------------- A|-3------------------------------------ E|--------------------------------------
maknanya anda perlu petik satu persatu, bermula dari nombor yang paling kiri ke kanan. Senang kita sebut plucking le! Nombor 0 maknanya anda tak perlu menekan pada mana-mana fret, hanya petik pada tali tersebut dalam keadaan free.
Ini adalah asas untuk membaca tabs. Terdapat pelbagai simbol yang digunakan untuk pembacaan tabs yang lebih tepat. Simbol-simbol tersebut diterangkan didalam setiap tabs pada homepage ini sebagai "Penunjuk".